Pages

Sunday, February 20, 2011

Pesta Air Putrajaya 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sungguh meriah sekali suasana di Kompleks Sukan Air Putrajaya Precint 6, ramai yang datang walaupun keadaan cuaca yang panas terik. Hari yang indah dan sempurna untuk berperahu panjang.
Ada juga booth-booth yang menjual makan dan minum, dan yang best booth dari Alam Flora dimana menawarkan hadiah-hadiah cabutan bertuah dimana peserta perlu memenangi mini game yang disediakan. Apa yang menariknya, untuk bermain mini game tersebut, peserta perlu menyerahkan barang-barang untuk dikitar semula seperti botol plastik dan tin minuman mengikut jumlah yang ditentukan. Jadi berebut-rebutlah budak-budak dan bapak budak mencari dan mengumpul barang-barang tersebut. Secara tak langsung mendidik anak-anak kita untuk amalan kitar semula.
Dapat juga snap gambar-gambar cantik, tapi tak sempat tengahari bateri kamera padam. Jadi terpaksa la guna handphone. Time ni juga berpeluang jumpa member-member lama, minum sambil borak-borak cerita lama. Acara air hanya untuk bot perahu panjang sahaja, dan banyak pasukan yang bagus turut join. Cuma tiada acara untuk wanita, jadi team yang ada wanita terpaksa dicampur dengan lelaki dan bertanding dengan team yang semuanya lelaki. Kurang adil rasanya, bila team ada wanita bertanding sekali. Macam mana pun ada satu team campuran wanita boleh kalahkan team semua lelaki walaupun dapat tempat keempat.
Secara keseluruhannya, Pesta Air Putrajaya kali ni berjalan lancar walaupun dalam cuaca yang panas terik.

No comments:

Post a Comment