Pages

Saturday, July 13, 2013

Festival Ramadhan Putrajaya 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya terpanggil untuk berblog mengenai Festival Ramadhan Putrajaya 2013. memandangkan saya penduduk Putrajaya, saya menjemput rakan, sahabat dan pembaca untuk melawat Putrajaya ketika Bulan Ramadhan ini.

Lokasi Festival adalah di Presint 3 Putrajaya. Terletak antara bangunan Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (TMZA, ada org panggil Masjid Besi). Pelan Tapak atau lokasi yang tepat boleh rujuk di link berikut => http://www.ppj.gov.my/ramadhan/fl1.html . Boleh juga masukkan pada GPS 2.918172,101.683819. Parking tidak menjadi masalah kerana boleh park kenderaan di bawah Bangunan PPj, dalam dan berhampiran Masjid TMZA.

Festival akan berlangsung dari 10 Julai sehingga 7 Ogos 2013 dari jam 12.00 tengahari hingga 12.00 tengah malam. Yang menariknya pelbagai gerai jualan, pakaian, makanan dan kuih-muih. Ada juga disediakan pentas dimana pelbagai acara dan aktiviti telah dirangkakan. Untuk Kalendar Aktiviti sila klik link berikut =>http://www.ppj.gov.my/ramadhan/images/COEfestivalramadhan.pdf .

Yang buat saya tertarik adalah kita boleh merancang untuk berbuka puasa di Putrajaya tanpa meninggalkan ibadah solat Maghrib, Isyak dan Terawih. Datang ke Putrajaya dalam pukul 5.00 ke 5.30 petang, terus ke Bazar Ramadhan Putrajaya untuk membeli juadah kuih muih, kemudian ke Festival Ramadhan dan pilih mana-mana meja makan yang telah disediakan sambil pesan makanan apa yang kita inginkan dari gerai makan yang ada. Sambil menunggu waktu berbuka akan didendangkan dengan alunan muzik oleh DJ. Sesudah berbuka boleh terus berjemaah di Masjid TMZA (jalan kaki sahaja) menunaikan Solat Maghrib, Isyak dan Terawih dengan Imam Samy Ahmed Abd Rahman El-Feky dari Mesir. Sesudah itu boleh moreh di Festival Ramadhan tersebut. Pada 10 malam terakhir Ramadhan ada program Qiammulail di Masjid TMZA.

Terdapat pelbagai gerai makan yang disediakan, antara yang sempat saya singgah seperti Restoran Dapur Sarawak, gerai Asam Pedas dan gerai Arjuna Village. Makanan tidak terlalu mahal dan pengunjung boleh memilih untuk pelbagai jenis juadah. Ada juga disediakan Pandu lalu bubur lambuk dan bayar Zakat Fitrah di Masjid TMZA.

Jom beramai-ramai datang ke Putrajaya di Bulan Ramadhan ini sambil beramal dan beribadat.