Pages

Saturday, February 26, 2011

Bagaimana menghilangkan bau didalam kereta?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bagaimana menghilangkan bau didalam kereta? Persoalan yang sering kita tanya bila kereta kita berbau sesuatu yang tidak diingini. Misalnya bau buah-buahan terutamanya buah durian. Bagaimanapula bau hapak air yang tertumpah ataupun dari kasut selepas terpijak lopak air ataupun ketika hari hujan. Pasti kita nak hilangkan bau tersebut dengan segera, lebih-lebih lagi bau rokok. Kantoi pulak nanti ngan awek atau bini yang kita ni merokok ataupun kawan-kawan kita meroko didalam kereta. Lalu kita hantar ke car wash dan cuci kereta luar dan dala, tak pun beli penyembur udara dan sembur satu kereta. Percaya tak sebenarnya bau tersebut masih tidak hilang, kerana partikel-partikel (sains sikit) bau tersebut telah melekat dan meresap kedalam bahagian dalam kereta kita, terutamanya didalam saluran aircond kereta. Kembali kepada persoalan kita tadi, bagaimana untuk menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan tersebut.

Cara mudah kita akan membeli penyembur udara atau pewangi kereta. Sebenarnya tak semua orang akan menggemari bau yang kita suka, dan kebanyakan orang alahan (alergic) dengan bau-bauan terutama bau bunga. Percaya atau tidak, bau busuk campur bau wangi dan lebih-lebih lagi kereta kita parking tengah panas, lagi tengik hasil campuran bau tersebut. Biasanya bau penyelesaian ini sementara sahaja, dan bila penyembur atau pewangi kereta akan habis dan terpaksa beli yang  baru.

contoh harga pewangi kereta jenama cap X : casing campur refill = RM 25.
1 refill boleh tahan lebih kurang 2 bulan, harga refil = RM 15.
Dalam setahun pertama kita telah belanjakan sebanyak RM 25 + (RM 15 x 5 bulan) = RM 100
Tahun berikutnya kita belanjakan sebanyak RM 90. Dalam 2 tahun kita telah belanjakan sebanyak RM 190.

Cara murah untuk kita menghilangkan bau adalah dengan mengikut petua orang tua-tua. Meletakkan roti atau arang kedalam kereta. Kaedah ini ternyata berkesan, tetapi bagi roti lepas letak sehari kena buang takut lipas atau semut masuk dalam kereta. Kalau parking area KL kena berhati-hati takut tikus masuk dalam kereta. Lagipun roti tu makanan, tak ke membazir je buat macam tu. Tak baik makanan kita buat macam tu. Cara lain yang murah dan mudah dengan meletakkan arang. Kaedah ini pun kurang sesuai kerana arang boleh meninggalkan kesan kotoran didalam kereta, dan akan akhirnya akan menghasilkan bau arang dalam kereta kita.

Sebenarnya ada cara mudah dan murah untuk menyelesaikan masalah bau didalam kereta. Percaya tak kalau saya beritahu yang bau buah durian dalam boleh hilang dalam masa tak sampai 2 hari. Bau hapak dalam kereta akibat air tumpah pada karpet atau kusyen kereta hilang dalam 1/2 jam dan tempat air tumpah tersebut tidak menghasilkan kulat. Bau minyak wangi yang disemburkan pada badan kita akan hilang dalam masa 1/2 jam. Semua kejadian tesebut berlaku didalam kereta saya sendiri. Dengan menggunakan kaedah moden dan sains, iaitu teknologi ionizer boleh menyelesaikan masalah bau kereta. Tahukah penyaman udara di pejabat dan  rumah kita yang terkini telah menggunakan teknologi ionizer. Teknologi Ionizer untuk pemahaman bersama adalah teknologi penghasilan ozon keudara.

Apakah Ozon? Ozon adalah partikel-partikel udara yang membantu proses pereputan yang terdapat pada alam semulajadi. Ozon terdiri daripada partikel-partikel gas oksigen mampat iaitu O3. Oksigen yang kita belajar semasa sekolah dulu adalah O2, tetapi ozon terdiri dari O3. Ini bermakna udara tersebut adalah segar.
Dengan menggunakan teknologi 'cold plasma' ozon boleh dihasilkan didalam kereta.
Ozon boleh menghilangkan bau dan kuman serta virus yang terdapat didalam kereta. Ini bermakna teknologi ini boleh membantu terutama mencegah penyakit yang tersebar melalui udara.
Bagaimana pula dengan bau merbahaya yang terhasil dari kesan plastik dalam kereta yang terkena sinaran matahari? Kita pernah parking kereta dibawah sinaran matahari, dan selepas 1 ke 2 jam kita masuk semula kedalam kereta dan terdapat bau seperti benda terbakar yang kita hidu. Sebenarnya bau tersebut mengandungi VOC ( kompaun organik meruap ) dan banyak terkandung didalam cat, bahan plastik, racun serangga dan bahan pencuci. Jika kandungan VOC terlebih didalam badan manusia boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser dan yang sewaktu dengannya.

Alat yang mengandungi teknologi 'cold plasma' ini dipanggil BioOzone Car Sterillizer.
Cara Penggunaan Bio Ozone:
  • Cucuk pada panel api rokok hingga dan pastikan lampu bewarna ungu cerah menyala.
  • Jika tidak menyala terus gantikan bio ozone anda daripada mereka yang anda beli, jaminan produk 6 bulan.
  • Isi terus borang jaminan bila anda mengambil daripada penjual supaya mudah untuk anda membuat sebarang tuntutan jika terdapat sebarang masalah.
Fungsi:
  • Menghilangkan aroma bau yang tidak menyenangkan didalam kereta anda.Contoh mudah mungkin anda pernah melalui pengalaman  membawa buah durian kedalam kereta anda, bau durian melekat didalam kereta hampir 3 minggu.Bio Ozone dapat menghilangkan bau yang melekat dalam kereta dalam masa 3 hari (Cth lain: Bau ikan, Bau muntah).
  • Bagi mereka yang sering merokok didalam kereta akan menyebabkan mereka yang tidak merokok tidak selesa bila berada didalam kereta anda, Bio Ozone dapat menyelesaikan dalam masa 20 minit.
  • Orang yang sering mengantuk semasa memandu, Bio Ozone dapat membantu untuk mengurangkan keletihan mata serta dapat membantu anda untuk memandu dengan lebih selamat.
  • Orang yang selalu muntah jika menaiki kenderaan, sebab tak tahan bau minyak wangi kereta atau melalui jalan yang banyak berpusing-pusing.Bio Ozone dapat mengurangkan rasa mual serta pening kepala kerana keadaan jalan yang terlalu banyak simpang.
  • Mengurangkan stress (Tekanan).Suasana jalan di kota metropolitan sering membuat anda terperangkap dalam kesesakan lalulintas.Bio Ozone akan dapat membekalka oksigen yang diperlukan otak, akibatnya keadaan tubuh anda menjadi lebih seimbang akhirnya membuatkan pemikiran anda menjadi lebih tenang.

 Harga 1 unit Bio Ozone adalah hanya RM 175 (Semenanjung Malaysia) dan RM 176 (Sabah dan Sarawak) tidak termasuk penghantaran. Jika dibandingkan dengan harga pewangi kereta untuk tempoh dua tahun jauh lebih jimat dan tak perlu beli refill.
Jika anda berminat untuk mendapatkan Bio Ozone dan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi saya;
Mohd Hafiz (016-9925876) atau email saya hafizwish@gmail.com atau comment post ini.

p/s: Terima Kasih IBN Club 9

9 comments: