Pages

Saturday, February 26, 2011

Air Sumber Kehidupan

Manusia memerlukan air untuk hidup. Air digunakan untuk minum, memasak, mencuci dan membersihkan diri. Tanpa air manusia boleh hidup hanya 7 hari mengikut purata suhu di Malaysia
Air yang sampai ke rumah kita telah melalui 3 peringkat utama berikut; 1 - rawatan air di loji rawatan ,2 - simpanan didalam tangki simpanan dan 3 - penyaliran melalui sistem perpaipan
Beginilah keadaan punca atau sumber air sebelum dirawat di loji rawatan. Bayangkan proses yang terpaksa dilakukan untuk memulihkan air supaya sesuai untuk dibekalkan kepada pengguna
Inilah keadaan didalam tangki simpanan air yang kita lihat besar dan berada tinggi di setiap taman² perumahan. Air tersebut sudah dirawat tetapi masih mengandungi karat, logam berat dan sisa kimia yang terbentuk dari proses pengkaratan. Bayangkan pula keadaan tangki air di rumah kita? Bilakah kali terakhir kita cuci tangki tersebut? Air yang kita guna untuk membasuh pakaian, makanan dan mandi.
Pernahkah kita apabila membuka pili air di sinki dan air yang keluar bukan jernih? ini disebabkan tangki kita yang kotor, ditambah pula dengan keadaan paip yang telah lama dan berkarat. paip rumah kita adalah baru dan bersih ketika baru dipasang. Bayangkan keadaan paip rumah kita selepas setahun digunakan? inikan pula selepas lima tahun......

Berikut adalah kesan² pencemaran air terhadap manusia


Antara keratan akhbar mengenai kebersihan sumber air yang dibekalkan ke rumah kita

Sudahlah bekalan air ke rumah kita kurang memuaskan, air yang kita simpan didalam botol pula boleh terancam dengan bahan kimia yang berbahaya.
Botol² air minuman atau mineral adalah tidak sesuai untuk digunakan berulang kali. Lebih merbahaya apabila kita tinggalkan didalam kenderaan dan terdedah kepada cahaya matahari.
1, 6 dan 7 hanya untuk sekali pakai shaja. 2 khas untuk beg plastik. 3 khas untuk produk pembersihan contoh botol syampo. 4 dan 5 boleh digunakan berulang kali dan selalunya mempunyai label sesuai untuk microwave.

Apakah kita hanya perlu gunakan air botol mineral dan air botol minuman juga dikenali sebagai air R.O. (Reverse Osmosis) sebagai air untuk kegunaan harian kita. Air R.O. sesuai untuk kegunaan didalam industri. Jika diuji bacaan pH nya adalah kurang dari 7.0, air yang tiada mineral dan jika diminum akan menyerap mineral dalam badan. Cuba minum dan rasa air R.O. semakin kita minum semakin haus.

Adakah perlu kita membeli air mineral?Berikut adalah anggaran harga air mineral di Malaysia
1.5 Liter = RM 2.40
Dalam sebuah keluarga penggunaan air sehari lebih kurang 6 Liter
1 hari = 6 Liter = RM 9.60
1 bulan = RM 9.60 x 30 hari = RM 288.00
1 tahun = RM 288 x 12 bulan = RM 3,456.00
Sanggupkah kita membelanjakan RM 3,456.00 setahun semata² untuk mendapatkan bekalan air yang bersih sedangkan kita masih boleh berjimat.

Penyelesaiannya adalah Bio Aura High Tech Water System Nano Technology

Sifat yang perlu ada pada setiap jenis penapis air yang baik, air telah di tapis mempunyai;
  1. Tahap mineral yang tinggi
  2. Tidak mengandungi logam berat dan klorin
  3. Kandungan oksigen yang tinggi
  4. Molekul air yang teratur
  5. Bersifat alkali (pH 7.4keatas)
  6. Proses penapisan tidak melibatkan elektrik
  7. Pengiktirafan dari badan kesihatan serta kawalan air
Kelebihan dan ciri² Bio Aura
  • Mempunyai 6 filter dan mudah untuk di selenggara
  • Menggunakan sistem 'pasang dan kunci'
  • Mesra pengguna
  • Menggunakan teknologi nano, menghasilkan molekul air yang bersaiz nano (0.9 micron) supaya proses penyerapan air dan oksigen kedalam badan dengan pantas
Ciri² penapis didalam Bio Aura;













Kenapa perlu Bio Aura di rumah?

1 unit Bio Aura = RM 2,080
Ansuran bulanan RM 100 @ RM 50 . Boleh pilih ikut kemampuan
untuk contoh pengiraan kita ambil RM 100 sebulan, bayaran balik selama 20 bulan.
1 hari = RM 3.33
Jumlah penggunaan air = Tanpa Had
Bandingkan dengan harga penggunaa air mineral, kita dapat penjimatan sebanyak lebih RM 2,000 setahun.

Mengikut bil air rumah kita;
1m³ air = RM 0.57
1m³ = 1000 Liter
1000 Liter = 6.66 botol air mineral 1.5L

dan bagi penduduk di Negeri Selangor penggunaan air sebanyak 20m³ adalah percuma.
berapa banyak lagi kita boleh jimat?

Jika mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi saya Mohd Hafiz
No. Telefon: 019-2276076

p/s: Penghargaan kepada CDM Aziz, IBNClub9.blogspot dan Ijal.

Bagaimana menghilangkan bau didalam kereta?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bagaimana menghilangkan bau didalam kereta? Persoalan yang sering kita tanya bila kereta kita berbau sesuatu yang tidak diingini. Misalnya bau buah-buahan terutamanya buah durian. Bagaimanapula bau hapak air yang tertumpah ataupun dari kasut selepas terpijak lopak air ataupun ketika hari hujan. Pasti kita nak hilangkan bau tersebut dengan segera, lebih-lebih lagi bau rokok. Kantoi pulak nanti ngan awek atau bini yang kita ni merokok ataupun kawan-kawan kita meroko didalam kereta. Lalu kita hantar ke car wash dan cuci kereta luar dan dala, tak pun beli penyembur udara dan sembur satu kereta. Percaya tak sebenarnya bau tersebut masih tidak hilang, kerana partikel-partikel (sains sikit) bau tersebut telah melekat dan meresap kedalam bahagian dalam kereta kita, terutamanya didalam saluran aircond kereta. Kembali kepada persoalan kita tadi, bagaimana untuk menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan tersebut.

Cara mudah kita akan membeli penyembur udara atau pewangi kereta. Sebenarnya tak semua orang akan menggemari bau yang kita suka, dan kebanyakan orang alahan (alergic) dengan bau-bauan terutama bau bunga. Percaya atau tidak, bau busuk campur bau wangi dan lebih-lebih lagi kereta kita parking tengah panas, lagi tengik hasil campuran bau tersebut. Biasanya bau penyelesaian ini sementara sahaja, dan bila penyembur atau pewangi kereta akan habis dan terpaksa beli yang  baru.

contoh harga pewangi kereta jenama cap X : casing campur refill = RM 25.
1 refill boleh tahan lebih kurang 2 bulan, harga refil = RM 15.
Dalam setahun pertama kita telah belanjakan sebanyak RM 25 + (RM 15 x 5 bulan) = RM 100
Tahun berikutnya kita belanjakan sebanyak RM 90. Dalam 2 tahun kita telah belanjakan sebanyak RM 190.

Cara murah untuk kita menghilangkan bau adalah dengan mengikut petua orang tua-tua. Meletakkan roti atau arang kedalam kereta. Kaedah ini ternyata berkesan, tetapi bagi roti lepas letak sehari kena buang takut lipas atau semut masuk dalam kereta. Kalau parking area KL kena berhati-hati takut tikus masuk dalam kereta. Lagipun roti tu makanan, tak ke membazir je buat macam tu. Tak baik makanan kita buat macam tu. Cara lain yang murah dan mudah dengan meletakkan arang. Kaedah ini pun kurang sesuai kerana arang boleh meninggalkan kesan kotoran didalam kereta, dan akan akhirnya akan menghasilkan bau arang dalam kereta kita.

Sebenarnya ada cara mudah dan murah untuk menyelesaikan masalah bau didalam kereta. Percaya tak kalau saya beritahu yang bau buah durian dalam boleh hilang dalam masa tak sampai 2 hari. Bau hapak dalam kereta akibat air tumpah pada karpet atau kusyen kereta hilang dalam 1/2 jam dan tempat air tumpah tersebut tidak menghasilkan kulat. Bau minyak wangi yang disemburkan pada badan kita akan hilang dalam masa 1/2 jam. Semua kejadian tesebut berlaku didalam kereta saya sendiri. Dengan menggunakan kaedah moden dan sains, iaitu teknologi ionizer boleh menyelesaikan masalah bau kereta. Tahukah penyaman udara di pejabat dan  rumah kita yang terkini telah menggunakan teknologi ionizer. Teknologi Ionizer untuk pemahaman bersama adalah teknologi penghasilan ozon keudara.

Apakah Ozon? Ozon adalah partikel-partikel udara yang membantu proses pereputan yang terdapat pada alam semulajadi. Ozon terdiri daripada partikel-partikel gas oksigen mampat iaitu O3. Oksigen yang kita belajar semasa sekolah dulu adalah O2, tetapi ozon terdiri dari O3. Ini bermakna udara tersebut adalah segar.
Dengan menggunakan teknologi 'cold plasma' ozon boleh dihasilkan didalam kereta.
Ozon boleh menghilangkan bau dan kuman serta virus yang terdapat didalam kereta. Ini bermakna teknologi ini boleh membantu terutama mencegah penyakit yang tersebar melalui udara.
Bagaimana pula dengan bau merbahaya yang terhasil dari kesan plastik dalam kereta yang terkena sinaran matahari? Kita pernah parking kereta dibawah sinaran matahari, dan selepas 1 ke 2 jam kita masuk semula kedalam kereta dan terdapat bau seperti benda terbakar yang kita hidu. Sebenarnya bau tersebut mengandungi VOC ( kompaun organik meruap ) dan banyak terkandung didalam cat, bahan plastik, racun serangga dan bahan pencuci. Jika kandungan VOC terlebih didalam badan manusia boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser dan yang sewaktu dengannya.

Alat yang mengandungi teknologi 'cold plasma' ini dipanggil BioOzone Car Sterillizer.
Cara Penggunaan Bio Ozone:
  • Cucuk pada panel api rokok hingga dan pastikan lampu bewarna ungu cerah menyala.
  • Jika tidak menyala terus gantikan bio ozone anda daripada mereka yang anda beli, jaminan produk 6 bulan.
  • Isi terus borang jaminan bila anda mengambil daripada penjual supaya mudah untuk anda membuat sebarang tuntutan jika terdapat sebarang masalah.
Fungsi:
  • Menghilangkan aroma bau yang tidak menyenangkan didalam kereta anda.Contoh mudah mungkin anda pernah melalui pengalaman  membawa buah durian kedalam kereta anda, bau durian melekat didalam kereta hampir 3 minggu.Bio Ozone dapat menghilangkan bau yang melekat dalam kereta dalam masa 3 hari (Cth lain: Bau ikan, Bau muntah).
  • Bagi mereka yang sering merokok didalam kereta akan menyebabkan mereka yang tidak merokok tidak selesa bila berada didalam kereta anda, Bio Ozone dapat menyelesaikan dalam masa 20 minit.
  • Orang yang sering mengantuk semasa memandu, Bio Ozone dapat membantu untuk mengurangkan keletihan mata serta dapat membantu anda untuk memandu dengan lebih selamat.
  • Orang yang selalu muntah jika menaiki kenderaan, sebab tak tahan bau minyak wangi kereta atau melalui jalan yang banyak berpusing-pusing.Bio Ozone dapat mengurangkan rasa mual serta pening kepala kerana keadaan jalan yang terlalu banyak simpang.
  • Mengurangkan stress (Tekanan).Suasana jalan di kota metropolitan sering membuat anda terperangkap dalam kesesakan lalulintas.Bio Ozone akan dapat membekalka oksigen yang diperlukan otak, akibatnya keadaan tubuh anda menjadi lebih seimbang akhirnya membuatkan pemikiran anda menjadi lebih tenang.

 Harga 1 unit Bio Ozone adalah hanya RM 175 (Semenanjung Malaysia) dan RM 176 (Sabah dan Sarawak) tidak termasuk penghantaran. Jika dibandingkan dengan harga pewangi kereta untuk tempoh dua tahun jauh lebih jimat dan tak perlu beli refill.
Jika anda berminat untuk mendapatkan Bio Ozone dan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi saya;
Mohd Hafiz (016-9925876) atau email saya hafizwish@gmail.com atau comment post ini.

p/s: Terima Kasih IBN Club 9

Thursday, February 24, 2011

Nuffnang Premiere Screening

Assalamualaikum

I just post my comments for Nuffnang Premiere Screening for movie I am number four and World Invasion: battle Los Angeles. Some crazy stuff i put to my comment because they ask what would I do if the alien invade my hometown. I comment that I would pack my belongings especially my laptop and electronics device, then bring my family to the Ulu Yam, because I familiar with that place and I can find food and water easily.
For movie I am number four they ask what superpower I would have if I am an alien sent to earth. I say  I would like to have healing power and telepathic-telekinetic power. Hahahaha... many crazy things we can do if we us our imagination. So to all Nuffnanger's come join the Nuffnang Premiere Screening with just give a comment and stand a chance to win two tickets to the movie screening. the most creative comment will win.....

Sunday, February 20, 2011

Pesta Air Putrajaya 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sungguh meriah sekali suasana di Kompleks Sukan Air Putrajaya Precint 6, ramai yang datang walaupun keadaan cuaca yang panas terik. Hari yang indah dan sempurna untuk berperahu panjang.
Ada juga booth-booth yang menjual makan dan minum, dan yang best booth dari Alam Flora dimana menawarkan hadiah-hadiah cabutan bertuah dimana peserta perlu memenangi mini game yang disediakan. Apa yang menariknya, untuk bermain mini game tersebut, peserta perlu menyerahkan barang-barang untuk dikitar semula seperti botol plastik dan tin minuman mengikut jumlah yang ditentukan. Jadi berebut-rebutlah budak-budak dan bapak budak mencari dan mengumpul barang-barang tersebut. Secara tak langsung mendidik anak-anak kita untuk amalan kitar semula.
Dapat juga snap gambar-gambar cantik, tapi tak sempat tengahari bateri kamera padam. Jadi terpaksa la guna handphone. Time ni juga berpeluang jumpa member-member lama, minum sambil borak-borak cerita lama. Acara air hanya untuk bot perahu panjang sahaja, dan banyak pasukan yang bagus turut join. Cuma tiada acara untuk wanita, jadi team yang ada wanita terpaksa dicampur dengan lelaki dan bertanding dengan team yang semuanya lelaki. Kurang adil rasanya, bila team ada wanita bertanding sekali. Macam mana pun ada satu team campuran wanita boleh kalahkan team semua lelaki walaupun dapat tempat keempat.
Secara keseluruhannya, Pesta Air Putrajaya kali ni berjalan lancar walaupun dalam cuaca yang panas terik.

American Football Online Game

Assalamualaikum...

For this post i will use English instead of Bahasa Melayu. It is because i will review about an American Football Online Game from Miniclip. It's a simple America football game than a real life, because there is no hurdle and no gameplan (i just reach 10th level before game over). I don't know how many level there are, but as i game over at my best run, i only reach 1287th placing from overall player that played the game. At this point i only manage to score 1,497 point.
If you don't now how to play there is a tutorial before you begin. At first you will play as a Runnerback, that's mean you need to run with the ball(the ball already in your hand) and pass thru all the opponent defense. During the run you can perform as much trick as super runnerback.
After every touchdown you can play as a Kicker. You need to determine the wind direction because every an accurate kick you will receive a bigger point value. As you proceed to the next level, more difficult it get.

This game really give me an opportunity to become an American Football Player. This is because it's always be my dream to become one after i finish read a Japanese Manga called 'Eyeshield 21'.  A story about American Football in Japan. I will review about that Manga in my coming post.

Friday, February 18, 2011

Tol PJS 2 di NPE dikurangkan kepada RM 1

Assalamualikum dan Salam Sejahtera....
Fuuhh... akhirnya turun juga tol kat NPE....tapi kan best kalau tutup terus...
Buat masa sekarang nie kira oklah sikit... kuranglah sikit kos tol gi balik kerja...
Harap-harap penurunan harga tol ni berterusan dan lain-lain konsesi tol akan mengikut langkah yang sama, dan jalan ni nanti tidak akan bertambah sibuk sebab tol dah jadi RM 1.

Thursday, February 17, 2011

I’ve Got the Power with Sucker Punch

Sucker Punch adalah filem keluaran Warner Bros dari studio Legendary Pictures dengan budget USD 85 juta. Filem arahan Zack Synder (300, Watchmen dan Legend of The Guardians: The Owls of Ga'Hoole) ini penuh dengan aksi, fiksyen dan animasi yang mendebarkan. Yang pasti animasinya pasti sehebat cerita Legend of The Guardians.
Berlatarbelakangkan tahun 1950, cerita ini mengisahkan imiginasi seorang budak perempuan yang mengimpikan sebuah dunia yang memberikannya peluang untuk melarikan diri dari realiti hidupnya yang gelap. Tidak terhalang dengan sempadan masa dan tempat, dia bebas membawa diri kedalam mindanya dengan pengembaraan hebat yang mengaburi garisan antara dunia khayalan dan dunia sebenarnya.

Tanpa kerelaan dia telah dikurung, tetapi semangat untuk melarikan diri Babydoll (Emily Browning) tidak pernah pudar. Dengan kesungguhan untuk menuntut kebebasan, dia telah mendesak empat lagi rakan perempuannya Rocket (Jena Malone), Blondie (Vanessa Hudgens), Amber (Jamie Chung) dan Sweet Pea (Abbie Cornish) untuk bergabung dan cuba untuk melarikan diri Blue (Oscar Isaac), Madam Gorski (Carla Gugino) dan High Roller (Jon Hamm).

Diketuai oleh Babydoll, mereka bertembung dengan pertempuran yang hebat dan memilih apakah yang sanggup mereka korbankan supaya mereka boleh terus hidup dengan pertolongan dari Wise Man (Scott Glenn). Bersama mereka akan melalui pengembaraan yang akan membebaskan mereka.





Pesta Air Putrajaya Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pagi ni terima SMS dari Celcom, Pesta Air Putrajaya akan diadakan di Kompleks Sukan Air Putrajaya, Presint 6 Putrajaya pada 19 Febuari 2011(Sabtu).

Pesta Air tersebut akan dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya sempena Hari Wilayah Persekutuan. Pelbagai Acara menarik di sediakan untuk orang ramai antaranya seperti;
  • Pertandingan Perahu Panjang (fill in form)
  • Pertandingan Bola Tampar Pantai (fill in form)
  • Pertandingan Mewarna (fill in form)
  • Pertandingan Tarik Tali Perahu (walk-in)
  • Sepak Raga Bulatan (walk-in)
  • Mini Explore Race (walk-in)
  • Sukaneka Air dan Darat (walk-in)
Bagi acara yang perlu fill in form sila klik ke link di bawah untuk mendapatkan borang
http://www.facebook.com/event.php?eid=184674854887661
Bagi acara walk-in orang ramai boleh register pada urusetia pertandingan pada hari tersebut.


Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi :

UNIT SUKAN DAN REKREASI, BAH. PERKHIDMATAN KOMUNITI
JABATAN PERKHIDMATAN BANDAR
PERBADANAN PUTRAJAYA
Tel : 03-8887 7547 (Sujairi), 03-8887 7439 (suzaina)
Fax : 03-8887 5022

Datanglah beramai-ramai bersama-sama memeriahkan Pesta Air Putrajaya 2011. Tidak tahu bagaimana untuk ke sana, sesampai je di Putrajaya ikut signboard Pullman Lakeside, kerana Kompleks Sukan Air Putrajaya Precint 6 bersebelahan dengan Pullman Lakeside. Jika memiliki GPS boleh masukkan 2.903617,101.668392 kedalam GPS.

Wednesday, February 16, 2011

Maher Zain - Insyaallah Versi Melayu (lirik)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tengah surf blog member-menber terbaca satu post dari "Cahaya Aina" mengenai lagu Maher Zain Insyaallah dalam versi Bahasa Melayu, siap dengan lirik lagi... terpanggil untuk cari dalam Youtube.. jumpe jugak... tapi susah juga nak pilih yang terbaik.... marilah sama-sama kiter melayan video member kiter ni.... rerajin lah subscribe dier... Layan.....

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Akhirnya keinginan untuk menonton carita Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) tercapai jua, tapi menonton di 'youtube' je. HKLBR adalah kesinambungan dari cerita Zombie Kg. Pisang dengan mengekalkan genre komedi seram dan tidak terlalu berat untuk ditonton arahan Mamat Khalid. Walaupun mula ditayangkan dipanggung-panggung pada 9 Disember 2010, HKLBR masih ditayangkan sehingga ke Januari 2011 di beberapa panggung.


Untuk 'like' HKLBR di facebook boleh klik link bawah ni
http://www.facebook.com/pages/HANTU-KAK-LIMAH-BALIK-RUMAH/105280796177188?v=wall
Memang best giler cerita nie... antara ayat-ayat yang tak leh dilupe

Usin: nie mike(awak) nie pasal ape Usop... udah be weecha(wheelchair) nie
Usop: panjang ceghitenyer Usin... awok(saya) pun dah jemu nak mengingatnyer bali.. tapi pasei(pasal) mike dah tanyer tu...awok ceghite je le...
Usin & Abi: cer cite...cer cite...

memang ada banyak scene-scene yang kelakar giler... tapi kena tgk sendiri le... memang best dan tak boring tengok berulang kali.... nak kena cari cd original nie... jangan asyik download ngan tengok free jer... supportlah filem tempatan... beli yang ORI.

Mengikut dari FB pelkon watak Usop dalam HKLBR iaitu shy8 (Syed Mohamad Asri) akan ada sekuel cerita HKLBR dengan judul "Husin.Mon...Jin Pakai Toncit". Tak sabar rasanyer nak tunggu cerita nie keluar. Untuk 'like' Usop di FB klik link di bawah
http://www.facebook.com/pages/Shy8/182074275137377?sk=app_4949752878#!/pages/Shy8/182074275137377?sk=app_4949752878

Majulah Industri Filem Negara

Monday, February 14, 2011

A Whirlwind or in French 'Tourbillon'

A tourbillon, "whirlwind" in French, a type of mechanical clock or watch escapement, was invented in 1795 by Abraham-Louis Breguet. It is designed to counter the effects of gravity and other perturbing forces on the balance wheel, the balance spring and the escapement that can affect the accuracy of a chronometer. This is accomplished by mounting the escapement in a rotating frame, so that the effect of gravity cancels out when the escapement is rotated 180°. The effects of gravity were particularly problematic when pocketwatches were carried in the same position for most of the day. In a tourbillon, the entire escapement assembly rotates, including balance wheel, escape wheel, and pallet fork (anchor). The rate of rotation varies per design but has generally become standardized at one rotation per minute.

The tourbillon is considered to be one of the most challenging of watch mechanisms to make and is valued for its engineering and design principles. In modern watch designs, a tourbillon is not required to produce a highly accurate timepiece because wristwatches are by nature in a constantly changing position when worn. Nevertheless, the tourbillon is one of the most valued complications of collector's watches and premium timepieces. In fact, modern implementations typically allow the tourbillon to be seen through a window in the watch face. In addition to enhancing the charm of the piece, the tourbillon acts as a second hand as it rotates once per minute.


This article provided by my friend Kunci Jam at gislalunah.blogspot.com
I'm interested with his collection and i saw it during my visit to his house last Saturday. He have quiet a lot of what he called vintage watch. Mr. Muhammad (his name) have a deep passion not only to his watch collection but also have a deep passion with books and coffee. Anyway, if you interested or have passion about watch or want to buy a mechanical watch please visit gislalunah.blogspot.com for more info.

Friday, February 11, 2011

Assalamualaikum....

Alhamdulillah. Syukur kehadrat Illahi.
Akhirnya tercapai jua impian ku untuk menghasilkan laman blog sendiri. Jika sahabat² dan rakan² ada sebarang teguran, pertanyaan dan nasihat silalah comment dan hubungi saya.