Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pada hari ini, 11 Mac 2011 bersamaan hari Jumaat, berlaku gempa bumi di Jepun dengan gegaran terkuat sekali antara negara-negara di rantau Pasifik dengan bacaan magnitude 8.8 berhampiran Timur Laut Jepun. Gempa yang berlaku di Laut Pasifik itu menyebabkan ancaman Tsunami di negara sekitar Lautan Pasifik dengan melebihi tahap ketinggian 3 meter. Kejadian berlaku pada jam 2:46 ptg waktu tempatan menyebabkan semua negara sekitar Lautan Pasifik dalam keadaan berjaga-jaga. Dilaporkan gempa bumi tersebut adalah yang terpaling kuat bacaannya.
Sambil-sambil search info mengenai Tsunami dan gempa bumi ni, terjumpa laman web dari Google, Google Crisis Respone dimana menyampaikan info mengenai kejadian tersebut. Laman tersebut ada juga link untuk mencari orang yang kita kenali dan hanya masukkan nama sahaja. So.. jika ada rakan atau ahli keluarga yang tidak dapat dihubungi bolehlah menggunakan saluran ini.
Sedikit sebanyak harap saya dapat membantu insan yang memerlukan pertolongan.
No comments:
Post a Comment