Pages

Wednesday, May 9, 2012

Karnival Sukan Air KBS 2012

Bersempena dengan sambutan Hari Belia Negara 2012, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan Himpunan Jutaan Belia (23-27 Mei 2012). Pelbagai Aktiviti telah dirangka dan antaranya adalah Karnival Sukan Air.

Berbagai-bagai aktiviti sukan air telah dirancang oleh KBS dan antara yang menarik adalah Pertandingan Rowing. Dibawah kelolaan Persatuan Mendayung Malaysia (PERDAMA) Pertandaingan Rowing pada tahun ini dibahagikan kepada dua iaitu Mesin Rowing (ergometer, atas darat) dan Rowing (on water)

Untuk Pertandingan Mesin Rowing, 2 kategori disediakan, iaitu Kategori Terbuka (open), dan Kategori Lightgweight (lelaki 75kg kebawah, wanita 61.5 kg kebawah). Acara tersebut akan dijalankan dalam bentuk berkumpulan (relay). Dimana satu kumpulan/pasukan terdiri dari 4 orang dalam jarak 2000m (500m seorang).

Pertandingan Rowing juga terdapat 2 kategori, iaitu Kategori Terbuka (open) dan Kategori Sekolah (pelajar sekolah sahaja). Kategori Terbuka akan menggunakan boat four (4-) bermaksud tanpa jurumudi, manakala Kategori Sekolah menggunakan boat tub four (Tub 4+)bermaksud dengan jurumudi. Jarak perlumbaan bagi kedua-dua kategori tersebut adalah 500m sahaja.

Jika berminat sila dapatkan borang penyertaan dibawah;

Borang Pertandingan Rowing => https://docs.google.com/open?id=0B7l9c4QRd-NsMWFKNDU2aGswZlE

Borang Pertandingan Mesin Rowing => https://docs.google.com/open?id=0B7l9c4QRd-NsMU9Jb2drT3dXTWs

Borang penyertaan perlu dihantar ke PERDAMA atau faks ke 03-2615 4432

Mesyuarat Pengurus Pasukan akan diadakan pada 25 Mei 2012 (Jumaat) jam 10 pagi

Hadiah Wang Tunai disediakan;


Acara Rowing
Johan (RM)
N. Johan (RM)
Ketiga (RM)
Jumlah (RM)
1.
Lelaki Terbuka
1000
750
500
2250
2.
Lelaki Sekolah
600
500
400
1500
3.
Wanita Terbuka
1000
750
500
2250
4.
Wanita Sekolah
600
500
400
1500



Acara Mesin Rowing
Johan (RM)
N. Johan (RM)
Ketiga (RM)
Jumlah (RM)
1.
Lelaki Berpasukan Terbuka
400
300
200
900
2.
Lelaki Berpasukan Lightweight
400
300
200
900
3.
Wanita Berpasukan Terbuka
400
300
200
900
4.
Wanita Berpasukan Lightweight
400
300
200
900